Tuesday, January 4, 2011

TEMPAT PERANGINAN 

Muzium Adat (Jabatan Muzium Malaysia) di Kuala Klawang, Muzium ini terletak kira-kira 36 km dari Bandar Seremban. Muzium ini ditubuhkan pada tahun 2005 dan dirasmikan pada 2 Februari 2008 iaitu pada hari sabtu bersamaan 24 Muharram 1429 hijrah. Kewujudan Muzium Adat di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan adalah bersesuaian dan bertepatan dengan identiti Negeri Sembilan sebagai “Tanah Beradat”. Muzium Adat merupakan muzium pertama di negara kita yang menghimpunkan adat dari pelbagai etnik di Malaysia. Muzium ini turut mengkhaskan satu segmen khusus tentang Adat Perpatih bagi menonjolkan Negeri Sembilan sebagai sebuah negeri beradat.

Terletak di Kg. Peninjau iaitu kira-kira 0.5 km dari pekan Kuala Klawang. Ia merupakan masjid tertua di daerah Jelebu dan diasaskan oleh Dato' Nika dan Mudim Khatib Raja pada awal abad ke-16. Mereka merupakan orang muslim dari Minangkabau. Pada asalnya masjid ini telah dibina tanpa menggunakan paku. Masjid ini mendapat namanya daripada satu peristiwa aneh yang berlaku di masjid ini. Dipercayai pada satu ketika dahulu terdapat sebuah dulang aneh yang sentiasa berisi makanan yang cukup untuk semua jemaah. Siapa yang menyediakan makanan tersebut tidak diketahui dan peristiwa tersebut berterusan sehinggalah dulang aneh itu ghaib secara tiba-tiba. Pada hari ini, masjid ini masih lagi digunakan dengan aktif. Walaupun beberapa perubahan telah dilakukan terhadap masjid ini, keaslian struktur asalnya masih lagi dapat dilihat hingga ke hari ini.

Merujuk kepada nota A. Caldecott (1912), Moyang Salleh adalah Penghulu ke-3 bagi Jelebu, selepas To' Gombak (dari Pagarruyong) dan To' Mentunggang ketika di bawah pemerintahannyalah berlakunya pembunuhan Siamat, anak Orang Kaya Kechil Rembau. Siamat dibunuh dalam tahun 1957 atas arahan Sultan Johor, apabila Orang Kechil Rembau enggan mengahwinkan anaknya Sri Banun dengan baginda Sultan. Untuk mengelakkan nasib yang sama, Moyang Salleh bersama-sama 4 orang kuatnya, telah datang ke Johor untuk menunjukkan protes terhadap pembunuhan itu. Ketibaan mereka tidak dipedulikan, dan kerana itu mereka telah memutuskan untuk menunjukkan kehebatan mereka bagi menarik perhatian Sultan. Selama 7 hari 7 malam hujan turun tidak berhenti-henti namun kerana kuasa ajaib Moyang Salleh, tidak setitik pun dari air hujan itu gugur di atas tubuh kelima-lima sahabat ini. Selepas menyaksikan keajaiban itu, Sultan membenarkan mereka berkhemah di beranda istana, namun baginda masih tidak menghiraukan kewujudan mereka. Kelima-lima sahabat ini meneruskan demonstrasi kebolehan mereka, antaranya menggoyangkan pokok kelapa yang tinggi dan kukuh, menggoncang istana, dan mengeluarkan asap dan api dari mulut.

Kagum dengan kebolehan mereka ini, Sultan akhirnya mula memberi perhatian kepada mereka. Hasil perbincangan, akhirnya Moyang Salleh diberikan hak terhadap Jelebu dan membawa pangkat Dato' Mandulika Menteri Akhir Zaman Sultan Jelebu. Secara tidak langsung, terpisahlah Jelebu daripada Johor. Peristiwa ini disebut dalam sejarah sebagai “pembebasan daripada kuasa pegangan Kesultanan Johor”. Sehingga hari ini, gelaran tersebut masih lagi digunakan. Undang Jelebu hari ini dikenali sebagai Dato' Mendika Menteri Akhir Zaman. Tempat persemadian insane hebat ini terletak di Tanah Perkuburan Kg. Bandar Tinggi, lebih kurang 4km dari pekan K. Klawang.
 
Terletak di Hutan Simpang Berembun Keluasan 3.4 ha. Merupakan hutan dari jenis Dipterokarpa BukitTerletak sejauh 28km dari Seremban dan 12km dari Pekan Kuala Klawang. Tarikan utama : Air Terjun 4 tingkat (Sungai Batang Toi) dan Laluan Tracking menuju ke Gunung Telapak BurukTerdapat tapak perkhemahan untuk 50 peserta Lengkap dengan kemudahan tandas, surau, bilik persalinan serta ‘boardwalk’ Terdapat gerai-gerai makanan disediakan untuk peniaga meniaga. Terdapat kolam mandi untuk kanak-kanak serta papan lungsur bagi kanak-kanak.*Aktiviti yang boleh dilakukan, waterfall absailling, trecking.

Lanskap indah dengan hutan hujan, sungai, dan air terjun berlatar belakangkan bukit-bukau dan gunung-ganang di sebelah timur berserta hamparan pantai berpasir di sebelah barat sudah cukup untuk menggambarkan Negeri Sembilan. Topografi Negeri Sembilan yang terletak di hujung banjaran utama utara selatan telah banyak mempengaruhi keindahan tanah tingginya. Banyak pusat rekreasi bertempat disepanjang banjaran ini, yang paling besar tentulah Taman Negara. Di Negeri Sembilan, Jeram Gading merupakan tempat setandingnya. Adalah dipercayai, Jeram Gading mendapat namanya kerana kehadiran banyak gajah di sekitar kawasan itu.

Tarikan utama Jeram Gading adalah air terjunnya, kejernihan air yang mengalir melalui pokok-pokok dan percikan air ke kiri dan kanan setiap kali ia menghentam halangan, putaran berbentuk bola dan buih-buih putih sebelum lenyap di kawasan yang lebih tenang. Walaupun kawasan ini tidak sesuai untuk berkayak, ia merupakan tempat yang ideal untuk perkelahan berkeluarga.Terletak 23km dari K. Klawang, Jeram Gading berada dalam Mukim Kenaboi. Dalam perjalanan ke sini, anda akan melintasi serta menikmati pemandangan hijau, yang kebanyakannya pokok buah-buahan dan kebun-kebun kepunyaan penduduk tempatan. Selain pemandangan yang mengasyikkan, pengunjung juga akan menghirup udara segar kerana kawasan ini belum diteroka sepenuhnya. Kini, Jeram Gading telah dinaiktaraf menjadi salah satu kawasan pelancongan di bawah penyeliaan Majlis Daerah Jelebu.

Hutan Lipur Lata Kijang terletak di Hutan Simpan Kenaboi dengan keluasan 6.47 ha.Hutannya adalah dari jenis hutan Dipterokarpa Bukit Sejauh 78 km dari bandar Seremban dan 45 km dari pekan Kuala Klawang Tarikan utama kawasan hutan ini adalah air terjun Lata Kijang setinggi 80 meter merupakan air terjun paling tinggi di Negeri Sembilan, Gunung Besar Hantu (1462m), Gua Semong dan Gua Harimau, serta perkampungan Orang Asli.
Hutan Lipur Lata Kijang menyediakan kemudahan penginapan iaitu tapak perkhemahan terdapat 2 zon yang boleh menampung kapasiti seramai 300 orang.Ianya dilengkapi dengan tandas dan dewan serbaguna.

* Tempat ini sesuai untuk mereka yang cintakan kehidupan semula jadi kerana ianya kaya dengan kehidupan flora dan faunanya. Kepada pengunjung yang berhasrat untuk membuat penyelidikan, tempat ini begitu strategik sekali kerana kepelbagaian burung, tumbuhan, dan hidupan liar di sini memang tidak dapat dinafikan lagi. Keunikan hutan lipur ini adalah, kebanyakan daripada spesies tumbuh-tumbuhan di sini sukar ditemui di tempat lain.

Homestay ini telah ditubuhkan pada 25 September 2008 dan merupakan homestay ke 8 yang diwujudkan di Negeri Sembilan. Jelebu merupakan Daerah yang cantik dan menarik serta juga kaya dengan tradisi yang datangnya dari Pulau Sumatera, Indonesia iaitu “ Adat Perpatih “. Adat Perpatih ini merupakan adat yang sebenar mereka amalkan. Daerah jelebu dikelilingi oleh Hutan Katulistiwa yang menghijau. Dengan suasana persekitaran yang mengekalkan alam semulajadi dan budaya Adat Perpatih, Homestay Klawang mempunyai satu keunikkan untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk sama-sama mengecapi suasana kampung yang masih terpelihara alam semulajadinya dan mengekalkan ciri-ciri tradisinya. Homestay Klawang terletak di Daerah Jelebu, Negeri Sembilan. 78 kilometer dari Kuala Lumpur dan 40 kilometer dari Seremban dengan anggaran masa perjalanan hanya mengambil masa selama 20 minit dari bandar Seremban dan 40 minit dari KLIA. Untuk sampai ke homestay ini, anda boleh mengambil perkhidmatan teksi sewa dan bas 'City Liner' dari Terminal 1 di bandar Seremban.Jika anda ingin memandu sendiri, anda boleh memandu melalui jaringan Lebuh Raya Bukit Tangga sehingga tiba di Pekan Kuala Klawang, Jelebu. Dari Ampang Kuala Lumpur melalui Jalan Genting Press dan terus ke pekan Kuala Klawang. Dari Kuala Pilah Melalui Simpang Pertang dan dari Karak melalui Simpang Durian. Setibanya di Pekan Kuala Klawang, terdapat banyak papan tanda tunjuk arah yang akan membantu anda untuk mudah sampai ke homestay Klawang ini.

Awalnya, pemilik memulakan pertanian organik kerana keghairahan mereka dalam gaya hidup luar bandar dan seterusnya menikmati ketenangan alam. Namun, setelah menerima banyak  jemputan dari teman-teman, mereka memutuskan untuk memperluaskan  idea mereka untuk mempromosikan idea pemuliharaan persekitaran kepada masyarakat dan untuk menawarkan semua kesempatan dalam  melindungi persekitaran global.

Di dalam kawasan seluas  30 hektar  inilah terdapatnya rumah panjang dan beberapa chalet yang boleh menampung hingga 100 orang pada satu masa dan ruang serbaguna yang menampung hingga 100 orang. Terdapat  juga kebun sayur organik, buah-buahan campuran,  ladang burung unta, taman rempah,  kolam ikan, kolam teratai, pusat rekreasi dan kawasan riadah  Semua pengunjung akan mendapat pengalaman berharga dengan tinggal di ladang eko.

1 comment:

  1. Salam wrb.
    Info yang bagus untuk menggalakkan promosi Jelebu - tahniah! Cuma saya ingat pembunuhan Siamat itu terjadi dalam tahun 1757, bukan 1957! Wallahu'alam. Nadge.org

    ReplyDelete