Tuesday, January 4, 2011

PETA JELEBU 



Jalan Darat

Terdapat 4 laluan utama untuk ke Daerah Jelebu:

* Seremban - Kuala Klawang
* Jempol - Simpang Pertang
* Genting Peras – Titi

* Seremban – Kuala Klawang 

Melalui jalan yang dikenali sebagai Bukit Tangga sekiranya dari Bandar Seremban dan akan melalui perkampungan Melayu tradisional di kiri kanan jalan sepanjang laluan ke pekan Kuala Klawang. Terdapat satu kawasan air terjun yang dikenali sebagai Air Terjun Jeram Toi.

*Jempol – Simpang Pertang 
Sekiranya dari daerah Jempol, pengunjung boleh menggunakan jalan Simpang Pertang ke kawasan pekan Kuala Klawang dan melalui jalan Bukit Petasih yang mengambil masa kira-kira 30 minit perjalanan.

*Genting Peras – Titi 
Satu lagi jalan alternatif yang digunakan sekiranya pengunjung datang dari Kuala Lumpur. Perjalanan yang mengambil masa 1 jam 30 minit untuk ke Pekan Kuala Klawang akan menyaksikan pemandangan yang menarik dengan kehijauan bukit bukau.

Perkhidmatan Awam

* Bas Awam
Pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan bas awam dari Seremban ke Jelebu dengan menaiki bas dari Terminal 1, Seremban dengan kadar tambang sebanyak RM3.30 dan mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke Pekan Kuala Klawang (Jelebu). Perkhidmatan ini juga meliputi seluruh kawasan Jelebu iaitu Kuala Klawang, Titi, Petaling, Simpang Pertang, Pertang.

* Teksi
Perkhidmatan teksi juga boleh didapati di Jelebu bemula jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam. Kadar tambang adalah mengikut jauh perjalanan yang dikehendaki penumpang

No comments:

Post a Comment